1.0 PENGENALAN
Setiap manusia yang normal akan mengalami pertumbuhan dan
perkembangan dari segi aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan personaliti
sejak mereka dilahirkan sehinggalah menjadi remaja, dewasa dan tua. Sebagai
seorang bakal guru, saya perlu peka dan prihatin dengan perubahan perkembangan
terhadap murid-murid supaya mereka dapat mencapai pertumbuhan dan perkembangan
dari pelbagai aspek ke tahap yang maksimum.
Pertumbuhan ialah suatu peningkatan jumlah
dan ukuran yang bersifat kuantitatif, iaitu boleh diukur dan dibezakan dengan
pandangan mata kasar manusia (Wong, Khairuddin, Maridah, Rashinawati dan
Azlina, 2013). Menurut Mohd Sharani (2007), pertumbuhan adalah suatu
peningkatan ukuran badan yang dapat diukur dengan meter (m) atau sentimeter (cm)
untuk ketinggian badan serta kilogram (kg) dan gram (g) bagi berat badan
seseorang individu. Oleh itu, setiap kanak-kanak mempunyai potensi genetik yang
berbeza-beza bagi pertumbuhan mereka.
Manakala, perkembangan pula ditakrifkan
sebagai perubahan kualitatif iaitu perubahan yang tidak dapat diukur secara
kuantitatif, tetapi perubahan yang nyata berlaku memperlihatkan sifat yang
berlainan daripada peringkat yang terlebih dahulu (Zainuddin, 2008). Contohnya,
penguasaan kemahiran berfikir kritis dan kreatif atau penguasaan kemahiran
bersosial seorang kanak-kanak. Perkembangan merupakan peningkatan penampilan
dan potensi kanak-kanak secara berperingkat-peringkat dan berterusan. Hasilnya
dapat dilihat melalui perkaitan di antara proses kematangan dan pembelajaran
mengikut aturan semula jadi.
Oleh yang demikian, tugasan ini akan
membincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perkembangan kanak-kanak.
Seterusnya, membuat perkaitan faktor-faktor yang mempengaruhi peringkat
perkembangan kanak-kanak dengan teori-teori perkembangan yang berkaitan dari
aspek fizikal, kognitif, sosioemosi dan kendiri kanak-kanak.
2.0 TEORI
KEMATANGAN ARNOLD GESELL
Dalam teori kematangan ini, Gesell memfokuskan kepada
kematangan individu di mana dalam proses kematangan ini ia dipengaruhi oleh dua
faktor iaitu faktor baka dan persekitaran yang menjadi penggerak utama kepada
pertumbuhan dan perkembangan fizikal kanak-kanak itu (Fizi Apis, 2010).
Semasa perkembangan bayi, mereka belajar
duduk, berdiri, berjalan dan berlari jelas beliau selanjutnya. Keupayaan
tersebut juga berkembang dalam urutan yang spesifik. Mereka muncul dengan
pertumbuhan saraf yang berbeza dari segi kepantasan perkembangan. Mereka juga
tidak berdiri dan berjalan pada umur yang sama. Walau bagaimanapun, mereka melalui
urutan yang serupa. Oleh itu, beliau menyatakan perbezaan individu dalam
kepantasan pertumbuhan dikawal sepenuhnya oleh mekanisme genetik dalaman.
Selain itu, kesan kematangan dapat
dibandingkan dengan kesan persekitaran. Faktor persekitaran ini penting.
Kematangan menyokong pertumbuhan yang baik tetapi mereka tidak memainkan
peranan terus dalam struktur urutan perkembangan dan bentuk tingkah laku.
Sebaik sahaja bayi dilahirkan, ia memasuki jenis persekitaran yang berbeza,
bukan sahaja persekitaran yang bertemu dengan kehendak fizikal tetapi
persekitaran sosial dan budaya yang cuba menggalakkannya berkelakuan dalam cara
yang sewajarnya.
Tuntasnya, Gesell lebih menitik beratkan
keupayaan ibu bapa untuk mengajar kanak-kanak akan perkara terdahulu daripada
jadual seperti dalam Jadual 1 (rujuk lampiran). Kanak-kanak akan duduk,
berjalan dan bercakap apabila mereka bersedia dan sistem saraf sudah matang
sepenuhnya. Pada masa yang sesuai mereka mula menguasai sesuatu tugasan yang
datang dari keinginan sendiri.
3.0 TEORI TUGAS PERKEMBANGAN ROBERT HAVIGHRUST
Berdasarkan teori tugas perkembangan Robert Havighurst,
beliau menyatakan bahawa perkembangan seseorang kanak-kanak adalah dipengaruhi
oleh faktor persekitaran. Beliau memfokuskan kepada keadaan sekeliling atau
persekitaran di mana tempat seseorang kanak-kanak itu membesar yang akan
memberi dan meninggalkan impak sama ada positif atau negatif bergantung kepada
ibu bapa yang mencorakkan mereka. Contoh persekitaran yang mempengaruhi
kanak-kanak ialah dari segi pemakanan, rakan sebaya, guru, bahan bacaan dan
media elektronik (Ee Ah Meng,
1997).
Bagi faktor persekitaran seperti
pemakanan, ia dapat dilihat melalui makanan yang diambil oleh ibu semasa
mengandung adalah seimbang dan berzat. Dengan ini, bayi di dalam kandungan akan
membesar dengan sempurna dan sihat. Jika sebaliknya, berkemungkinan bayi akan
mendapat penyakit. Hal ini kerana di dalam badan bayi kurangnya enzim selepas
di lahirkan. Seterusnya, bagi pemakanan untuk kanak-kanak adalah perlu diberi dengan
makanan yang seimbang berdasarkan piramid makanan. Oleh itu, ianya akan
membantu kanak-kanak membesar dengan sihat dan cergas.
Seterusnya, faktor persekitaran lain ialah
rakan sebaya. Havighurst menyatakan jika seseorang kanak-kanak itu berkawan dengan
kawan yang manja, maka kanak-kanak itu akan sedikit sebanyak cenderung untuk
menjadi manja dan inginkan belaian dan kasih sayang dari ibunya. Sekiranya dia
tidak mendapat perkara yang diinginkan seperti apa yang diperoleh kawannya,
maka kanak-kanak itu akan cuba untuk memberontak. Hal ini menunjukkan faktor
persekitaran memainkan peranan yang penting dalam perkembangan seseorang
kanak-kanak.
Selain itu, faktor persekitaran seperti
bahan bacaan adalah penting dalam perkembangan kanak-kanak kerana ia akan
memberi pengaruh yang besar kepada pembaca. Jika bahan yang dibaca berfaedah
dan bermanfaat, maka selamatlah kanak-kanak tersebut begitu juga sebaliknya.
Dari sini, kita sebagai ibu bapa dan guru perlulah sentiasa membimbing dan
membantu kanak-kanak dalam membentuk peribadi mereka supaya menjadi insan yang
berguna kepada masyarakat, bangsa dan negara kelak. Menurut Havighurst, ibu
bapa mahupun guru terutamanya perlulah menyediakan persekitaran yang kondusif
dan selamat untuk kanak-kanak membesar dengan sempurna. Ini akan membantu
kanak-kanak untuk berjaya.
Ini dibuktikan lagi dalam Teori Robert
Havighurst menyatakan bahawa setiap individu perlu membesar dan berkembang
dengan melalui sebanyak 10 peringkat seperti dalam Jadual 2 (rujuk lampiran).
Beliau memberitahu bahawa, jika seseorang individu itu tidak dapat mencapai
tugas-tugas dalam setiap peringkat, maka dia akan berasa sedih dan kecewa. Ini
akan cenderung kepada perkembangan kanak-kanak tersebut menjadi lewat dan tidak
setaraf dengan kanak-kanak normal. Maka untuk membanteras gejala ini dari
berlaku, guru perlulah menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan peringkat
kanak-kanak seperti aktiviti dalam bentuk permainan mahupun lakonan. Hal ini
dapat membentuk kreativiti kanak-kanak.
Jadi ini dapat disimpulkan bahawa setiap
perkembangan yang dialami oleh kanak-kanak perlulah dengan kerelaan kanak-kanak
itu sendiri, bukan dengan paksaan yang diberikan oleh ibu bapa kerana dengan
paksaan akan membuatkan kanak-kanak itu tidak berupaya untuk berdikari sendiri
dan akan memberi kesan yang dalam terhadap perkembangan mereka.
4.0 TEORI
PENGULANGAN G. STANLEY HALL
G. Stanley Hall memfokuskan kepada teori pengulangan yang
memfokuskan kepada psikologi genetik dan pendidikan. Teori ini menekan bahawa
setiap individu akan melalui proses perubahan dari segi daya pemikiran dan
deria fizikal selaras dengan perkembangan minda dan tubuh badan. Beliau juga
percaya bahawa setiap kanak-kanak boleh berkembang dengan pesat sekiranya tidak
dipaksa. Ini bermakna, kematangan dari aspek baka memainkan peranan penting
dalam pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak itu. Kematangan saraf dan
fizikal kanak-kanak itu akan menentukan keupayaan kanak-kanak untuk menguasai
sesuatu kemahiran itu. Oleh itu, Hall mengatakan bahawa ibu bapa perlu
mengetahui akan setiap tahap perkembangan anak-anak mereka kerana dengan
mengetahui perkembangan anak-anak mereka boleh membantu anak-anak dengan
mempelbagaikan aktiviti yang boleh membantu pertumbuhan dan perkembangan
anak-anak mereka. Ibu bapa juga disarankan oleh Hall untuk membimbing
perkembangan semula jadi anak mereka untuk membolehkan anak mereka membesar
dengan sempurna. Hall memperkenalkan tiga peringkat dalam perkembangan
kanak-kanak iaitu dari lahir sehingga meningkat remaja seperti dalam Jadual 3 (rujuk
lampiran) (Fizi Apis, 2010).
5.0 TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF DAN BAHASA
Terdapat tiga teori
perkembangan kognitif dan bahasa, iaitu teori pemerolehan bahasa behavioris,
nativist dan interaksionalis.
5.1 Teori Pemerolehan Bahasa Behavioris
Teori pemerolehan
bahasa behavioris menekankan kepentingan persekitaran dalam pembelajaran bahasa
yang berlandaskan Teori Pelaziman Operan yang dipelopori oleh B. F. Skinner.
Menurut Skinner, pembelajaran bahasa kanak-kanak berlaku apabila ibu bapa atau
anggota keluarga mengajar kanak-kanak bercakap dan memberi galakan dengan
memberi ganjaran setiap kali kanak-kanak dapat meniru atau menyebut perkataan
yang diajar itu. Ganjaran yang diberi adalah untuk mengukuhkan sesuatu
perlakuan bahasa yang betul yang berjaya dilakukan oleh kanak-kanak. Di antara
ganjaran yang diberikan adalah pujian seperti ”pandai”, senyuman, ciuman, tepuk
tangan, pelukan, dan lain-lain yang boleh merangsang kanak-kanak bercakap.
Skinner juga mengatakan bahawa manusia secara semula jadi dilahirkan dengan
keupayaan mempelajari bahasa. Keupayaan bertutur adalah satu bentuk perlakuan
manusia yang dikenali sebagai perlakuan bahasa yang terbentuk berdasarkan
prinsip Teori Behavioris iaitu rangsangan tindak balas. Oleh itu, persekitaran mempunyai
pengaruh yang sangat penting terhadap kanak-kanak. Pengaruh rangsangan
persekitaran dalam bentuk bahasa dan bukan bahasa akan membantu kanak-kanak
menguasai bahasa dengan lebih cepat. Manakala peneguhan yang diberi akan
merangsang kanak-kanak mengulang-ulang percakapannya (Azizi Yahaya, 2005).
5.2 Teori
Pemerolehan Bahasa Nativist
Teori ini dikemukakan oleh Noam Chomsky yang mengatakan
bahawa pemerolehan bahasa berlaku secara nativist atau mentalis. Menurutnya,
kanak-kanak dilahirkan dengan alat pemerolehan bahasa yang bersifat universal.
Melalui alat ini kanak-kanak berpotensi secara semula jadi untuk mempelajari
bahasa apa sahaja. Chomsky mendasarkan teorinya kepada satu hipotesis iaitu
Hipotesis Nurani (The Innateness Hypothesis) yang mengatakan bahawa otak
manusia telah dipersiapkan secara semula jadi (genetik) untuk berbahasa. Otak
manusia telah dilengkapkan dengan struktur bahasa sejagat yang dikenali sebagai
LAD (Language Acquisition Device) (Azizi Yahaya, 2005). Bagi menguatkan
teorinya tentang LAD, Chomsky memberikan empat kenyataan iaitu;
i.
proses pemerolehan bahasa semua kanak-kanak
boleh dikatakan sama;
ii.
proses pemerolehan bahasa ini tidak ada
kaitannya dengan kecerdasan (anak yang IQ-nya rendah juga memperoleh bahasa
pada masa dan cara yang hampir sama);
iii.
proses pemerolehan bahasa tidak pula
dipengaruhi oleh motivasi atau emosi kanak-kanak;
iv.
tatabahasa yang dihasilkan oleh semua
kanak-kanak boleh dikatakan sama.
Berkaitan dengan keupayaan sejadi (innate)
kanak-kanak dalam mempelajari bahasa ibundanya, Chomsky memberikan tiga hujah
berikut;
1.
Wujudnya unsur-unsur kesejagatan dalam sesuatu
bahasa iaitu kesejagatan formal yang terdiri daripada ciri-ciri tatabahasa dan
kesejagatan substantif yang berupa kategori-kategori tatabahasa;
2.
Bentuk-bentuk
ujaran yang didengari kanak-kanak tidak akan diperoleh tanpa keupayaan sejadi;
3.
Anak-kanak
boleh menguasai bahasa ibundanya dalam tempoh 4 hingga 5 tahun dan tanpa
keupayaan sejadi bahasa itu tidak akan dikuasai.
5.3 Teori
Pemerolehan Bahasa Interaksionalis
Teori Interaksionalis telah dipelopori oleh Halliday.
Antara ahli-ahli bahasa yang turut menunjangi teori ini adalah seperti Bloom
(1979), Bowennan (1973-1976) dan juga Grommer (1976). Mereka bersependapat
bahawa kebolehan kognitif sahaja tidak boleh menjelaskan penguasaan bahasa
seseorang kanak-kanak itu. Ini berikutan dengan kemahiran kognitif kanak-kanak
yang hanya membolehkan mereka mentafsir makna tetapi tidak menjamin tafsiran
tersebut boleh dinyatakan atau dilahirkan dalam bentuk bahasa (Azizi Yahaya, 2005).
Menurut pandangan ahli-ahli
interaksionalis, kanak-kanak perlu didedahkan kepada interaksi linguistik bagi
menggambarkan bentuk linguistik yang jelas dan tepat. Mereka juga menganggap
bahawa penyampaian semantik (makna) adalah penting, dan harus berjalan
seiringan dengan struktur bahasa agar para pelajar dapat menggunakan sistem
bahasa dengan betul.
Teori Interaksionalis memandang
pembelajaran bahasa sebagai alat interaksi dan proses ini melibatkan mental dan
linguistik. Teori ini turut menekankan pentingnya proses pembentukan hipotesis
mengenai undang-undang bahasa dalam sesuatu pembelajaran itu. Seseorang pelajar
harus boleh menggunakan struktur-struktur bahasa dengan betul terutamanya dari
segi tatabahasa dan makna. Ini adalah penting bagi membolehkan mereka
berkomunikasi dalam masyarakat dengan baik dan berkesan. Guru-guru disarankan supaya memberi banyak
latihan kepada murid-murid. Terdapat tiga prinsip aliran Interaksionalis,
iaitu;
a.
Prinsip pertama: Makna adalah lebih diutamakan
dalam setiap komunikasi bahasa.
b.
Prinsip kedua: Mementingkan unsur iaitu makna
dan juga struktur bahasa.
c.
Prinsip ketiga: Penumpuan terhadap
aktiviti-aktiviti yang bermakna.
6.0 TEORI PEMBELAJARAN PIAGET
Piaget merupakan seorang ahli biologi yang cukup terlatih.
Beliau berasal dari Switzerland dan telah menggunakan model biologi untuk
menghuraikan perkembangan kognitif manusia. Pada pandangan Piaget, minda boleh
berkembang, berubah dan dapat mengadaptasi masalah yang berlaku apabila
berinteraksi dengan persekitaran. Piaget dan ahli psikologi kognitif sering
kala dikenal sebagai ahli struktur disebabkan mereka mementingkan struktur
pemikiran manusia (Azizi Yahaya, 2005). Terdapat empat konsep utama yang
dicadangkan oleh Piaget dalam penyelidikan tentang proses pembelajaran yang
terdiri daripada skema, asimilasi, akomodasi dan ekuilibrasi yang terdapat
dalam Jadual 4 (rujuk lampiran).
Piaget mengatakan tiap-tiap kanak-kanak
mempunyai corak perkembangan mereka yang tersendiri. Dengan ini, kanak-kanak
yang di dalam satu darjah itu bukan sahaja berlainan peringkat kebolehan mereka
tetapi juga berlain kecepatan perkembangan kognitif. Piaget juga berpendapat
bahawa perkembangan kognitif itu berlaku secara berperingkat-peringkat dan
peringkat yang lebih awal adalah mustahak bagi perkembangan peringkat-peringkat
seterusnya kerana peringkat awal tersebut merupakan peringkat asas bagi
peringkat seterusnya.
Paiget mendapati kemampuan mental manusia
muncul di tahap tertentu dalam proses perkembangan yang dilalui. Beliau telah
membahagikan perkembangan kognitif kepada empat tahap mengikut umur (Azizi
Yahaya, 2005). Tahap-tahap perkembangan itu ialah:
a)
Tahap sensori motor atau deria motor (sejak
lahir – 2 tahun)
b)
Tahap praoperasi (2-7 tahun)
c)
Tahap operasi konkrit (7-11 tahun)
d)
Tahap operasi formal (11-15 tahun)
7.0 TEORI ZON PERKEMBANGAN PROKSIMAL LEV VYGOTSKY
Merujuk Vygotsky, perkembangan kognitif kanak-kanak adalah
bergantung kepada interaksinya dengan orang-orang berkepentingan di
sekelilingnya. Beliau tidak bersetuju dengan pandangan Piaget yang kanak-kanak
membina pengetahuan secara sedirian dan membentuk realiti secara sendirian.
Beliau telah mengemukakan empat konsep atau tema utama untuk menerangkan
teorinya (Sebestiammal Selvam,
2012).
Antaranya ialah pendekatan sosio-budaya, zon perkembangan proksimal, bantuan
perancah (scaffolding) dan perkembangan bahasa.
a)
Pendekatan sosio-budaya
Dalam pendekatan
sosio-budaya, Vygotsky telah memerhati dan mengkaji peranan budaya dan
komunikasi interpersonal kepada perkembangan kognitif kanak-kanak. Beliau
berpendapat bahawa perkembangan pembelajaran berlaku dalam konteks sosial,
iaitu melalui persekitaran dunia kanak-kanak yang dikelilingi dengan orang
dewasa yang berinteraksi dengan mereka sejak dilahirkan (Sebestiammal Selvam, 2012).
b)
Zon perkembangan proksimal
Zon perkembangan proksimal atau Zone of Proximal Developmnet (ZPD)
merupakan celah antara ‘actual development’ dan ‘potential development’, di mana antara apakah tindakan yang diambil oleh seorang
anak tanpa bantuan orang dewasa dan apakah tindakan yang dapat dilakukan oleh
seorang anak dengan arahan orang dewasa atau kerjasama dengan teman sebaya.
Maksud dari ZPD adalah menitikberatkan ZPD pada interaksi sosial akan dapat
memudahkan perkembangan anak. Menurut Vygotsky, pembelajaran aktif berlaku
dalam zon ini .Vygotsky telah memfokuskan kepada hubungan sosial kanak-kanak
dalam konteks sosio-budaya dan mendapati bahawa mereka menggunakan alat-alat
kebudayaan iaitu bertutur dan menulis untuk memahami lingkungan sosial mereka.
Beliau juga percaya bahawa proses internalisasi melalui alat-alat kebudayaan
ini yang menyebabkan kemampuan berfikir kanak-kanak maju ke aras kognitif yang
lebih tinggi (Sebestiammal Selvam, 2012).
c)
Bantuan perancah (Scaffolding)
Konsep
‘scaffolding’ ataupun bantuan perancah membawa maksud suatu bantuan atau
bimbingan kepada murid bagi menyiapkan sesuatu tugasan yang tidak dapat
diselesaikan tanpa mendapat bantuan daripada guru. Menurut Vygotsky, guru dapat
merangsang zon ini dengan memberikan peluang yang banyak kepada murid bergerak
balas yang mencakupi kemahiran dan kebolehan yang boleh dilakukan oleh murid
secara bersendirian serta lain-lain kemahiran yang memerlukan bantuan guru (Sebestiammal Selvam, 2012).
d)
Perkembangan bahasa
Vygotsky juga lebih
menitikberatkan bahasa dalam pemerolehan pengetahuan dan perkembangan kognitif.
Menurut beliau,proses penguasaan bahasa berkembang dengan kebolehan
berkomunikasi dan berinteraksi secara sosial dengan orang lain. Bahasa dan
pemikiran berkembang secara tersendiri dan meningkat dalam tahap kesukaran. Mereka
juga belajar menggunakannya sebagai alat komunikasi untuk menyelesaikan masalah
seperti meminta untuk susu apabila
mereka lapar (Sebestiammal Selvam, 2012).
8.0 TEORI
PSIKOSOSIAL ERIK
ERICKSON
Berdasarkan teori Erik, individu berkembang menerusi
pembukaan lipatan personaliti yang telah ditentukan melalui lapan peringkat.
Menurut Erickson, setiap peringkat perkembangan sosioemosi merupakan krisis
prsikososial yang perlu diselesaikan sebelum seseorang dapat bergerak ke
peringkat yang seterusnya. Sekiranya, individu gagal menyelesaikan krisis
tersebut, maka di peringkat perkembangan yang berikutnya akan terjejas (Azizi Yahaya, 2005). Oleh itu, beliau
telah mengemukakan lapan peringkat perkembangan sosioemosi seperti yang
terdapat dalam Jadual 5 (rujuk
lampiran).
9.0 TEORI PERKEMBANGAN MORAL PIAGET
Teori Perkembangan
Moral Piaget adalah berdasarkan kepada pemerhatian dan pertanyaan. Menurut Mok
Soon Sang (2008), asas utama perkembangan moral adalah berdasarkan kepada undang-undang.
Piaget membuat teori berdasarkan pemerhatiannya kepada kanak-kanak yang bermain
guli. Ketika bermain, kanak-kanak perlu mengambil kira isu-isu keadilan dan
undang-undang permainan. Melalui cara itulah kanak-kanak mengeksplorasi
perkembangan moral mereka.
Piaget
berpendapat, moral kanak-kanak lebih berkembang berdasarkan interaksi
kanak-kanak dengan rakan-rakan mereka berbanding interaksi dengan ibu bapa
mereka. Bagi Piaget, ibu bapa lebih kepada peringkat yang kurang matang kerana
hubungan ibu bapa dengan anak-anak lebih kepada cara hadiah dan hukuman atau
untuk mempromosikan kepercayaan bahawa penilaian moral itu bergantung kepada
kuasa orang dewasa. Manakala, rakan-rakan pula lebih mengutamakan pertukaran (reciprocity)
dan hak kesamarataan antara mereka untuk mempertahankan perhubungan sosial
mereka.
Piaget
kemudiannya membahagikan perkembangan moral kepada tiga peringkat, pertama Premoral
Period, iaitu peringkat di mana kanak-kanak belum lagi memahami
undang-undang, kerjasama dan matlamat-matlamat yang berkaitan dengan permainan;
kedua, Heteronomous Morality Stage, iaitu perkembangan kanak-kanak
selepas lima tahun. Ketika ini kanak-kanak mula mengambil berat atau sedar
tentang undang-undang dan cara untuk menang; dan ketiga, Moral Realism peringkat
paling akhir di mana kanak-kanak sudah memiliki sense of moral realism iaitu,
alasan kepada kenapa perlu mengikut undang-undang tatkala bermain.
10.0 TEORI PERKEMBANGAN
MORAL KOHLBERG
Terdapat tiga peringat
perkembangan moral menurut Kohlberg (Mok Soon Sang, 2008). Antaranya ialah;
i. Peringkat Prakonvensional
Pada peringkat ini,
perkembangan moral bergantung kepada faktor-faktor luaran. Kanak-kanak perlu
patuh untuk mengelakkan dihukum atau untuk mendapatkan hadiah. Orientasi
hukuman dan patuh ini adalah:
a) Memotivasikan kanak-kana untuk melakukan sesuatu yang
bermoral bagi mengelakkan hukuman.
b) Instrumental purpose, di mana kanak-kanak percaya kepada undang-undang
mana yang perlu diikut terutamanya kepada perkara yang ada keseronokan (best
interest) bila melakukan. Dalam peringkat ini, kanak-kanak akan mengambil
kira kepentingan orang lain meskipun keseronokan tersebut membabitkan dirinya.
ii. Peringkat Konvensional
Peringkat ini bermula
seawal usia 13 sehingga 14 tahun. Pada peringkat ini individu lebih berusaha
untuk menangani pujian dan pengiktirafan bila melakukan perkara baik
mempertahankan social order. Pada peringkat ini, wujud orientasi
bersifat interpersonal oreintation. Iaitu membuat atau melakukan perkara
baik lebih kepada hendak menyukakan kepada orang lain atau individu akan lebih
bermotivasi apabila orang lain melihat perkara yang mereka buat itu baik dan
menarik. Orientasi ini kemudian akan diikuti dengan social order
maintainence orientation, iaitu individu atau remaja mula ada kepercayaan
yang undang-undang perlu untuk mempertahankan social order dan sistem akan huru
hara sekiranya orang tidak mematuhi undang-undang tersebut.
iii. Peringkat Akhir Konvensional
Peringkat ini berlaku
apabila individu mula komited terhadap set of princip yang dikongsi
bersama piawaian moral yang ditanam dan menjadi sebahagian daripada individu.
Tindakan moral individu lebih kepada patuh untuk menegakkan undang-undang dan
kontrak yang melindungi hak orang ramai. Pada peringkat ini, individu mula ada
kesedaran dan keinginan untuk melakukan yang terbaik bagi memenuhi kepuasan
orang ramai. Bagi Kohlberg, orientasi terakhir pada peringkat ini yang disebut universal
etihcal-principle, iaitu menganggap yang baik dan buruk pada suatu perkara
lebih kepada pilihan individu sendiri berbanding dengan abstrak moral, prinsip
keadilan universal dan hormat terhadap semua individu. Jadi apabila
undang-undang yang melanggar prinsip moral, maka individu perlulah mengikut
prinsip moral berbanding undang-undang yang digubal
11.0 TEORI PERAPATAN
AINSWORTH
Ainsworth dan
rakan-rakannya (dalam Lefrancois, 2001) telah mengemukakan satu prosedur iaitu The
Strange Situation Procedure untuk menilai perapatan bayi (infant
attachment) dengan penjaga berdasarkan tahap tekanan dan kerisauan yang
dialami oleh bayi dalam episod perpisahan dan pertemuan dengan penjaga atau
ibu. Beliau telah membahagikan perapatan bayi kepada tiga jenis iaitu perapatan
selamat, perapatan mengelak, dan perapatan bimbang ketidaktentuan yang dapat
diringkaskan seperti berikut (Mahani Razali, 2009).
a) Perapatan Selamat
Perapatan selamat
berlaku apabila kanak-kanak boleh menerokai dan memahami persekitaran mereka
dengan rasa selamat dengan kehadiran penjaganya. Walaupun terdapat orang asing,
mereka tidak merasa bimbang dan dapat bergaul dengan orang asing tersebut
dengan kehadiran penjaga disisi mereka.
Apabila penjaga mereka meninggalkan mereka, mereka akan merasa sedih dan
kecewa. Tetapi, apabila penjaga mereka kembali, mereka akan menyambutnya dengan
gembira dan berasa tenang semula. . Bayi yang mempunyai perapatan selamat
dengan ibunya biasanya mempunyai ibu yang bersifat responsif dan peka terhadap
keperluannya. Mereka sentiasa memahami emosi bayi dan memberi respons yang
positif terhadap emosi bayi. Mereka juga menunjukkan kasih sayang kepada bayi
serta menghayati peranan sebagai ibu kepada bayi. Selain itu, ibu bapa
seharusnya mendidik anak-anak mereka dengan konsep perapatan selamat supaya
mudah untuk kanak-kanak apabila memasuki alam persekolahan kelak. Mereka akan
dapat menerokai alam persekolahan tersebut dengan perasaan yang gembira dan
seronok kerana mereka yakin bahawa ibu bapa mereka akan kembali dan mereka akan
berjumpa kembali dengan ibu bapa mereka.
b) Perapatan Bimbang Ketidaktentuan
Perapatan bimbang ketidaktentuan
pula ialah apabila kanak-kanak merasakan tekanan yang sangat besar apabila
orang asing berada dengannya. Walaupun ibu bapa ada bersama mereka, tetapi
mereka akan tetap merasa bimbang kerana kehadiran orang asing. Perasaan bimbang
mereka bertambah apabila ibu bapa meninggalkan mereka. Apabila ibu bapa
kembali, kanak-kanak akan menghampiri mereka tetapi akan menolak sebarang
perhatian yang diberikan oleh ibu bapa seperti memalingkan mukanya dan tidak
mahu dipeluk atau didukung. Walaubagaimanapun,
mereka tidak akan berjauhan dengan ibu bapa. . Ibu kepada bayi jenis ini
tidak peka terhadap isyarat dan keperluan bayi. Dia juga bersifat menolak dan
kurang dari segi hubungan fizikal dengan bayi.
c) Perapatan Mengelak
Perapatan mengelak
terjadi apabila kanak-kanak hanya menunjukkan perasaan yang sangat sedikit
terhadap penjaga. Mereka juga tidak berminat dan tidak akan menerokai
persekitaran walaupun ianya merupakan persekitaran yang baru bagi
mereka.apabila orang asing ada bersama kanak-kanak itu, mereka tetap tidak
menunjukkan sebarang respon sama seperti mereka tidak menunjukkan respon kepada
penjaga mereka. Perapatan jenis ini mempunyai kaitan dengan sifat ibu yang
tidak sensitif dan tidak bertindak balas terhadap keperluan bayi. Ibu juga
kekok ketika berinterkasi dengan bayi.
12.0 TEORI SIGMUND
FRUED
Frued melihat naluri
semula jadi manusia sebagai dorongan oleh sesuatu kuasa yang kuat. Beliau
menghasilkan suatu protret struktur mental yang mengalirkan kuasa Id, Ego dan
Superego (Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf, 2012).
a. Id -
adalah satu sistem yang diwarisi. Id mengandungi desakan untuk
keperluan-keperluan asas seperti makanan, air dan seks. Tenaga yang
menggerakkan id dipanggil tenaga libido. Apabila tenaga ini meningkat, tekanan
juga akan meningkat yang kemudiannya mesti dilepaskan atau disalurkan. Id juga
bergerak berasakan prinsip keseronokan. Apabila ia mahukan sesuatu, ia mahukan
dengan cepat tanpa bertangguh-tangguh. Contohnya seorang bayi yang lapar tidak
boleh menunggu. Bayi tidak tahu apa yang boleh dan tidak boleh, tidak tahu
tentang realiti, tidak ada peraturan-peraturan dalaman yang dapat mengarahkan
tingkah laku. Desakan yang paling kuat pada waktu ini ialah untuk memperoleh
kepuasan yang segera.
b. Ego -
mula berkembang dalam masa lebih kurang setahun. Bayi akan mula menyedari
bahawa laparnya tidak boleh dipuaskan dengan serta merta. Realitinya mungkin
ibunya berada di tempat lain dan kepuasannya terpaksa ditangguhkan. Ego yang
bersifat separuh sedar akan beroperasi berasaskan prinsip realiti. Ia
bertanggungjawab mengendalikan kehendak-kehendak dan desakan-desakan id
mengikut cara yang diterima. Apabila bayi mula membesar, hasil daripada
pengalaman, egonya bertambah kuat, ia akan belajar yang kehendak-kehendaknya
boleh ditangguh dan kadang-kadang matlamat jangka panjang memerlukan pengabaian
matlamat jangka pendek.
c. Superego
– mula kelihatan apabila kanak-kanak berumur lebih kurang lima tahun. Superego
merujuk kepada aspek-aspek moral dalam personaliti yang diperoleh dengan cara
berinteraksi dengan orang lain dalam masyarakat dan proses-proses identifikasi
dengan ibu bapa. Dengan proses ini, kanak-kanak belajar peraturan-peraturan
yang mengawal tingkah laku. Peraturan-peraturan inilah yang akan mengawal
superego kanak-kanak. Superego beroperasi mengikut prisip kesempurnaan dan
berfungsi menghalang kehendak-kehendak antisosial id dan menyebabkan seseoranga
rasa bersalah apabila tingkah laku tertentu.
12.1 Mekanisme
Pertahanan Diri
Mekanisme pertahanan
diri yang diperkenalkan oleh Freud merupakan satu proses tanpa sedar, automatik
dan tidak rasional yang digunakan untuk mengurangkan perasaan-perasaan
kebimbangan atau konflik-konflik emosi. Mekanisme pertahanan diri adalah suatu
kaedah yang tidak sihat yang secara tidak sedar digunakan oleh seseorang
apabila ia tidak dapat memuaskan kehendak-kehendak id. Mekanisme ini adalah
satu ego yang bertindak sebagai orang tengah untuk mendamaikan pertelingkahan
di antara id dan superego supaya persenaliti seseorang akan beroperasi secara
sihat (Zakaria Stapa, Ahmad Munawar Ismail & Noranizah Yusuf, 2012). Antara
bentuk-bentuk mekanisme pertahanan diri ialah;
a) Tekanan
- mengendalikan impuls yang tidak diterima dengan cara menekannya ke tahap
tidak sedar. Misalnya terlupa untuk pergi berjumpa doktor gigi.
b) Rosot Kembali/Regresi - bertingkah laku keanak-anakan apabila berhadapan
dengan sesuatu yang menimbulkan kebimbangan. Contohnya, seorang kanak-kanak
yang berumur 10 tahun kencing malam.
c) Sublimasi
- menggantikan tingkah laku yang tidak diterima dengan tingkah laku yang
diterima oleh masyarakat. Misalnya seorang lelaki rasa teramat marah dan ia
cuba memindahkan rasa marahnya dengan melakukan aktiviti lsukan yang asak
seperti mendaki gunung.
d) Pemindahan - memindahkan sesuatu perasaan yang kuat kepada objek
atau individu lain. Misalnya, seorang kanak-kanak yang marah akan rakannya
memindahkan rasa marah dengan menendang seekor kucing.
e) Pembentukan reaksi - bertingkah laku sebaliknya apabila ia cuba
menyembunyikan perasaan atau kecenderungan yang tidak diterima oleh masyarakat.
f) Penafian
- enggan mengakui kewujudan satu-satu keajaiban. Misalnya, seseorang tidak mahu
menganggap anaknya sebagai kanak-kanak terencat akal.
g) Rasionalisasi - membuat alasan untuk tingkah laku.
13.0 TEORI HUMANISTIK
CARL ROGERS
Terdapat beberapa usul
penting dalam teori humanistik. Salah satu daripadanya ialah persepsi individu
mengenai diri kendiri. Mengikut Carl adalah selaras dengan konsep kendirinya.
Jika seseorang individu memiliki konsep kendiri yang tinggi,dia akan merasa
berkeyakinan tinggi dan bersemangat untuk melakukan segala tugas yang diagihkan
kepadanya (Jas Laile Suzana Jaafar, 2008).
Usul
seterusnya pula membantu individu untuk mengatasi halangan-halangan. Guru-guru
yang menunjukkan empati dan sentiasa bersikap positif akan mendorong mendidik
murid-murid secara lebih mendalam. Menurutnya lagi,seseorang guru kaunselor
yang baik dapat membantu menghilangkan penghalang-penghalang yang terpendam
dalam diri seseorang agar potensinya boleh berkembang dengan optimumnya.
Usul
yang ketiga adalah kecenderungan untuk berjaya. Setiap manusia mempunyai
kecenderungan untuk mencapai kesempurnaan kendiri dan akan bersaing untuk
mencapai kejayaan. Penguasaan ilmu dan pemerolehan pengalaman berlaku secara
semula jadi sehingga manusia mencapai kesempurnaan kendiri.
Kefahaman
melalui refleksi juga merupakan antara usul penting dalam teori humanistik.
Mengikut Carl Rogers, manusia sentiasa menggunakan maklumat dan pengalaman yang
ada pada diri sendiri untuk memperbaiki kelakuan diri. Refleksi dan pengimbasan
semula pengalaman yang dilalui membawa kesedaran lebih kepada tingkah laku
seseorang.
Dengan
itu,struktur kendiri manusia terbentuk daripada interaksi dengan persekitaran
dan penilaian tentang diri sendiri pula diperoleh daripada interaksi dengan
orang lain. Interaksi manusia dengan persekitaran dan pergaulan sosial
memperkayakan input pengalaman seseorang.
14.0 TEORI HUMANISTIK
ABRAHAM MASLOW
Teori ini menekankan
keunikan dan potensi individu serta desakan-desakan dalaman. Seseorang individu
merupakan agen yang bebas, yang mempunyai keupayaan untuk menggunakan simbol
dan berfikir secara abstrak. Matlamat hidup seseorang individu ialah
memaksimakan potensi tersebut dan meninggikan konsep kendiri. Manusia dilihat
sebagai aktif, bebas, kreatif dan berkebolehan untuk pertumbuhan dan
kesempurnaan kendiri (Jas Laile Suzana Jaafar, 2008).
Dalam
teori ini, Maslow mengatakan tiap-tiap individu terdorong untuk mempertahankan
keunikan diri, berusaha memperkembangkan potensi, keupayaan dan bakat. Pendapat
Maslow dapat dijelaskan dengan Hierarki Keperluan seperti dalam Rajah 1 (rujuk
lampiran) yang diperkenalkan olehnya.
Menurut
Maslow, semua manusia akan berusaha untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Usaha
ini memerlukan kekuatan ego yang kuat, penerimaan daripada rakan sebaya dan
hormat-kendiri. Selalunya kesempurnaan diri ini tidak akan tercapai sehingga
tahun-tahun pertengahan dewasa apabila hampir semua keperluan sudah dipenuhi.
Oleh
itu, Teori Humanistik berjaya memberi “kekayaan” kepada manusia berbanding
Teori Behaviorisme. Teori-teori tersebut mampu menjelaskan keunikan tiap-tiap
individu dan ia juga berjaya memperkenalkan kaedah untuk membantu manusia
menggunakan potensi mereka secara maksimum.
15.0 TEORI PEMELAJARAN
SOSIAL ALBERT BANDURA
Albert Bandura telah
memperkenalkan Teori Pemelajaran Sosial yang berasaskan kritikan terhadap
pandangan-pandangan Skinner. Bandura berpendapat hanya sebahagian sahaja
tingkah laku manusia dapat diterangkan oleh pelaziman operan Skinner, tetapi
apa yang penting ialah pemelajaran melalui proses peniruan (Jas Laile Suzana
Jaafar, 2008). Seterusnya, kita belajar melalui pemerhatian dan meniru orang
lain serta dengan melihat konsekuen tingkah laku orang lain. Bandura
berpendapat:
a) Pemelajaran dan tingkah laku manusia bergantung kepada
pemerhatian seseorang individu itu terhadap individu lain atau model-model
simbolik seperti televisyen dan sebagainya.
b) Peniruan selalunya diperteguhkan.
c) Pemelajaran pemerhatian juga dapat diterangkan melalui
prinsip-prinsip klasik.
Oleh
demikian, Teori Pemelajaran Sosial menekankan peranan kognitif dan juga
pengaruh persekitaran dalam perkembangan kanak-kanak.
15.1 Proses Pemelajaran
Pemerhatian
Terdapat empat langkah
bagi memahami proses peniruan (Jas Laile Suzana Jaafar, 2008). Antaranya ialah;
i. Proses Memerhati
Kanak-kanak tidak akan
meniru model yang ia tidak perhati. Sama ada kanak-kanak akan memerhati atau
tidak, bergantung kepada karakteristik
dan tingkah laku model. Model yang ditiru dan diperhatikan lazimnya terdiri
daripada rakan sebaya, orang yang berpengaruh, berstatus orang berjaya,
popular, cekap dan berkuasa. Proses pemerhatian ini juga bergantung kepada sama
ada tingkah laku itu dapat dibeza-bezakan atau tidak, kekerapannya dan
kompleksitinya. Keupayaan motor, pemerhatian berlaku atau tidak.
ii. Kebolehan Mengingat
Kanak-kanak mestilah
bukan sahaja memerhati tetapi juga berupaya mengingat apa yang dilihatnya. Ini
bermaknanya tingkah laku yang diperhatikan akan dikod, didaftar dan disimpan di
dalam ingatan.
iii. Proses Produksi
Bagi proses peniruan
yang berkesan, pemerhati (kanak-kanak) mestilah berupaya menterjemah apa yang
disimpan di dalam ingatan tadi kepada tingkah laku yang nyata. Ini bergantung
pada paras perkembangan dan sejarah hidup kanak-kanak tersebut.
iv. Motivasi
Akhirnya dalam
pemelajaran pemerhatian, kanak-kanak mestilah ada motivasi yang secukupnya
untuk menunjukkan tingkah laku yang tertentu. Oleh yang demikian, peneguhan
perlu diberi kepada kanak-kanak jika kita mahu ia bertingkah laku tertentu.
Menurut Bandura, peneguhan memberi kanak-kanak suatu maklumat tentang apa yang
berlaku di masa hadapan jika ia bertingkah laku sedemikan.
RUMUSAN
Natijahnya,
perkembangan kanak-kanak adalah dipengaruhi oleh faktor baka dan persekitaran.
Perkembangan ini juga perlu merentasi beberapa peringkat dan di atasi dengan
sebaik yang mungkin sebelum ke peringkat yang seterusnya. Hal ini kerana
peringkat seterusnya adalah semakin kompleks dan rumit. Dengan ini, pelbagai
pihak perlu berganding bahu bagi memastikan perkembangan kanak-kanak ini
mencapai tahap yang optima. Terutamanya, orang yang paling rapat dengan
kanak-kanak tersebut seperti ibu bapa dan anggota keluarga serta guru di
sekolah. Pihak tersebut bolehlah mengaplikasikan teori-teori yang telah
diwujudkan oleh beberapa orang pakar psikologi. Contohnya, teori Albert
Bandura. Ibu bapa atau guru perlulah menunjukkan tingkah laku yang positif agar
kanak-kanak yang melihat tindakan itu dapat mencontohi dan melakukan perkara
yang positif juga. Oleh yang demikian, teori-teori ini berfungsi sebagai batu
loncatan kepada ibu bapa dan guru untuk memastikan kanak-kanak tersebut berjaya
melepasi peringkat-peringkat yang telah dikenal pasti.
RUJUKAN
1. Buku
Azizi Yahaya &
Jaafar Sidek Latif. (2005). Membentuk identiti remaja. Pahang, PTS Professional Publishing.
Ee Ah Meng. (1997). Psikologi
pendidikan II (Semester II). Shah Alam: Fajar Bakti.
Jas Laile Suzana
Jaafar. (2008). Pengenalan kepada psikologi kanak-kanak dan remaja. Selangor: Arah Pendidikan.
Mok Soon Sang. (2008). Psikologi
pendidikan untuk pengajaran dan pembelajaran.
Selangor: Penerbitan Multimedia.
Mohd Sharani Ahmad.
(2007). Psikologi kanak-kanak: Cara mudah memahami psikologi bayi dan kanak-kanak. Selangor: PTS
Publications.
Wong Kiet Wah, Khairuddin
Mohamad, Maridah Haji Alias, Rashinawati Abd. Rashid
& Azlina Ahmad. (2013). Perkembangan kanak-kanak. Selangor: Oxford
Fajar.
2. Internet
Azizi Yahaya. (2005). Teori-teori
kognitif. Dilayari pada 30.07.2014 dari http://eprints.utm.my/6258/1/2.pdf
Fizi Apis. (2010). Teori
perkembangan Arnold Gessel, Robert Havighurst dan G. Stanley Hall. Dilayari
pada 30.07.2014 dari http://welcometomyzonearea.blogspot.com/2010/03/teori-perkembangan-arnold-gesell-robert.html
Mahani Razali. (2009). Perapatan
(attachment) dan emosi kanak-kanak. Dilayari pada 30.07.2014 dari
Mohd Fadzli Abu Bakar.
(2005). Perkembangan emosi warisan dan persekitaran. Dilayari pada 30.07.2014 dari http://eprints.utm.my/10348/1/bab2.pdf
Sebestiammal Selvam.
(2012). Teori kognitif, teori sosial dan teori humanistik. Dilayari
pada 30.07.2014 dari
Zainuddin Abu Bakar.
(2008). Teori-teori perkembangan. Dilayari pada 30.07.2014 dari http://eprints.utm.my/6302/1/bab_11.pdf
3. Jurnal
Zakaria Stapa, Ahmad
Munawar Ismail & Noranizah Yusuf. (2012). Faktor persekitaran sosial dan hubungannya dengan pembentukan jati
diri. Jurnal Hadhari Special
Edition, 155-172
LAMPIRAN
PERINGKAT
|
KEUPAYAAN
|
CADANGAN PERMAINAN
|
1 (lahir-1 tahun)
|
·
Umur 1 bulan:
tangisan berlainan untuk menyatakan kehendak yang berbeza seperti tangisan
lapar berlainan dengan tangisan menarik perhatian;
·
Umur 4 bulan: mata
boleh bergerak mengikut gerakan objek;
·
Umur 6 bulan: dapat
menggenggam objek;
·
Umur 7 bulan: boleh
duduk dan merangkak;
·
Umur 12 bulan:
boleh berdiri dan memegang objek tinggi.
|
·
Penerokaan
permainan.
|
2 (1-2 tahun)
|
ü
Kematangan fizikal
dan mental mula meningkat, mula memahami makna ‘jangan’ dan pada umur 2 tahun mampu untuk
berjalan tetapi dengan bantuan.
|
ü
Bertatih
menggunakan ‘walker’.
|
3 (2-3 tahun)
|
ü
Koordinasi mata, tangan dan kaki mula terbentuk, boleh
bercakap menggunakan ayat mudah dan boleh menguruskan diri seperti makan dan
memakai kasut.
|
ü
Permainan ‘Play dough and lego’.
|
4 (3-4 tahun)
|
ü
Koordinasi dan
kematangan fizikal semakin kukuh dan boleh menuruti arahan mudah daripada ibu
bapa.
|
ü
Menunggang basikal
beroda tiga.
|
5 (4-5 tahun)
|
ü
Proses berinteraksi
terbentuk, mula bersosialisasi, mengemukakan soalan berperingkat-peringkat
dan bersedia untuk ke kelas prasekolah.
|
ü
Bermain bola sepak
bersama rakan-rakan.
|
Jadual 1: Tahap
Kematangan Dalam Tempoh 5 Tahun
PERINGKAT HIDUP
|
TUGAS PERKEMBANGAN
|
CADANGAN PERMAINAN
|
Bayi - awal kanak-kanak
(lahir-2 tahun)
|
ü
Bayi menjalin
hubungan baik dengan ibu bapa:
ü
Sistem deria,
persepsi, fungsi motor beransur-ansur matang;
ü
Mencapai kecerdasan
deria dan memahami sifat objek.
|
ü
Aktiviti bersama
keluarga;
ü
Makan malam.
|
‘Toddlerhood’/Pertengahan kanak-kanak
(2-3 tahun)
|
ü
Pergerakan yang
pelbagai, bermain fantasi/sendiri;
ü
Berkomunikasi dalam
bahasa yang mudah;
ü
Bercakap seorang
dan mula mengawal pergerakan diri.
|
ü
Bermain kereta
mainan.
|
Prasekolah
(4-6 tahun)
|
ü
Belajar peranan
mengikut jantina;
ü
Bermain dengan
rakan di luar;
ü
Perkembangan moral;
ü
Wujud teori
kendiri;
ü
Mula bermain dalam
kumpulan.
|
ü
Melibatkan
kanak-kanak dengan aktiviti seharian ibu bapa di rumah.
|
Sekolah Rendah
(6-12 tahun)
|
ü
Mula menguasai 3M;
ü
Kemahiran permainan
dan kemahiran hidup seperti berjual beli, mulai menilai diri sendiri dan
orang lain, suka bersahabat dan jadi ahli sesuatu kelab permainan..
|
ü
Aktiviti
ko-kurikulum.
|
Awal Remaja
(12-18 tahun)
|
ü
Kematangan fizikal;
ü
Peringkat operasi
formal;
ü
Mula panda mengawal
emosi;
ü
Membentuk kumpulan
rakan sebaya dan tertarik pada lain jantina.
|
ü
Aktiviti yang lebih mencabar minda mereka untuk
berfikir secara kreatif, kritis dan inovatif.
|
Ahkir Remaja
(18-22 tahun)
|
ü
Cuba memperoleh
autonomi daripada ibu bapa;
ü
Mula membentuk
identiti;
ü
Mematuhi nilai
moral masyarakat;
ü
Mula memilih
kerjaya yang sesuai.
|
|
Awal Dewasa
(22-34 tahun)
|
ü
Keintiman dalam
pergaulan, berkahwin, mendidik anak/generasi baru;
ü
Memantapkan
profesion serta wujud gaya hidup sendiri.
|
|
Pertengahan Dewasa
(34-60 tahun)
|
ü
Berkemahiran dalam
pekerjaan dan menjadi ketua;
ü
Memupuk kebahagiaan
dalam rumah tangga, mengasihi keluarga dan mengumpul harta;
ü
Terlibat dalam
kerja amal.
|
|
Akhir Dewasa
(60-75 tahun)
|
ü
Bersara, lebih
menumpukan masa kepada kerja amal dan ibadat;
ü
Menjalani kehidupan
hari tua, mensyukuri nikmat dan takdir Tuhan.
ü
Menangani masalah
kesihatan, mengenang zaman silam dan menanti saat kematian.
|
|
Jadual 2 : Tugas
Perkembangan Individu Mengikut 10 Peringkat Usia
Peringkat
|
Perkembangan
|
1 (lahir-7 tahun)
|
ü
Naluri ingin tahu
yang tinggi;
ü
Mendorong untuk melakukan
sesuatu yang baru;
ü
Mempunyai potensi
dalam menguasai penerokaan persekitaran.
|
2 (8-11 tahun)
|
ü
Tingkah laku yang
negatif mula terbentuk;
ü
Contoh: Tidak
menghormati orang lain dan menunjukkan kelakuan nakal;
ü
Kemahiran membuat
keputusan masih belum berkembang;
ü
Gemar bersosial.
|
3 (12-22 tahun)
|
ü
dapat mengesan
jantina mereka;
ü
dapat membuat
kesimpulan dalam kewajipan atau tanggungjawab yang sebenar bagi melaksanakan
tingkah laku yang betul;
ü
cenderung kepada
tingkah laku positif;
ü
tahu membezakan
yang baik mahupun buruk apabila tahap kematangan dapat dicapai;
ü
mampu untuk membuat
sesuatu keputusan tetapi perlukan kawalan daripada ibu bapa.
|
Jadual 3: Peringkat Perkembangan Kanak-kanak Mengikut Hall
KONSEP
|
PERKEMBANGAN
|
a)
Skema
|
ü Struktur asas yang mempengaruhi mental
seseorang.
ü Dibina semasa kanak-kanak cuba
mencapai kefahaman tentang sesuatu dan bertindak kepada pengalaman fizikal di
persekitarannya.
ü Bayi mempunyai skema yang terhad dan
umum.
ü Tidak statik dan berubah mengikut
perkembangan kognitif dan pengalaman seseorang.
ü Berkembang melalui organisasi dan
adaptasi.
|
b)
Asimilasi
|
ü Merupakan proses kognitif.
ü Individu mengintegrasi maklumat dan
pengalaman baharu dalam skema sedia ada.
|
c)
Akomodasi
|
ü Berlaku semasa proses asimilasi gagal
dilakukan.
ü Mengubah suai skema sedia ada atau
membentuk skema baharu untuk menerima maklumat baharu.
|
d) Ekuilibrasi
|
ü Keseimbangan antara asimilasi dan
akomodasi.
ü Menerangkan cara-cara pemikiran
kanak-kanak beralih dari satu peringkat ke peringkat yang lain.
ü Berlaku jika kanak-kanak mengalami
konflik kognitif atau ketidakseimbangan semasa cuba memahami perkara yang
sedang dipelajari.
|
Jadual 4: Empat
Konsep Utama Pembelajaran Piaget
PERINGKAT (UMUR)
|
KEADAAN
SOSIAL
|
EKORAN
PSIKOSOSIAL
|
1
(Lahir-8
bulan)
|
Sokongan,
pemberian keperluan asas, ada kesinambungan hidup.
Kekurangan
sokongan, penafian, tidak konsisten.
|
Mempercayai
Tidak mempercayai
|
2
(18 bulan-3 tahun)
|
Mengendalikan
sendiri dan sokongan.
Perlindungan yang
berlebihan, kekurangan sokongan dan keyakinan
|
Kebebasan
Keraguan
|
3
(3 - 6 tahun)
|
Galakan, peluang
sendiri, bertanya
Tiada peluang,
perasaan negatif
|
Inisiatif
Perasaan bersalah
|
4
(6 - 11 tahun)
|
Kemahiran diri,
pendidikan yang cukup dan produktif, menjadi model yang baik
Kurang latihan,
arah dan sokongan
|
Kerajinan
Rendah diri
|
5
(11-20 tahun)
|
Kestabilan dalaman
yang berterusan, kefahaman mendalam mengenai model seks, mendapatkan maklum
balas positif.
Kekeliruan tujuan,
maklum balas yang kurang jelas, kurang memahami ekspektasi.
|
Identiti
Kekeliruan peranan
|
6
(20-40 tahun)
|
Meluaskan
kemesraan, persefahaman,
mempercayai.
Kesunyian
|
Kemesraan
Pengasingan
|
7
(40-60 tahun)
|
Tujuan hidup,
produktiviti
Kekurangan
perkembangan diri
|
Kebolehan
menghasilkan
Sesuatu
Terhenti
|
8
(60 tahun ke atas)
|
Perasaan mesra,
perpaduan, berarah
Kurang
kesempurnaan, tidak puas hati.
|
Kesempurnaan hidup
Putus harapan
|
Jadual 5:
Lipatan Personaliti Melalui Lapan Peringkat

Rajah 1: Piramid Hierarki Keperluan Maslow